Monday 10 March 2014

may Allah save MH370

assalamualaikum :)

memang terkejut bila dapat berita pasal kehilangan pesawat MH370..tapi aku lagi terkejut bila baca satu status dekat fb..yeah..mungkin bagi kau orang lain cari publisiti murahan pasal kemalangan kapal terbang ni..sebab tak ada orang yang kau kenal kat dalam airplane tu..cuba kalau orang yang kau rapat ada dalam airplane tu..mesti kau tak berhenti berdoa..mungkin bagi kau orang yang post doa dekat fb tu cari publisiti..tapi kita siapa nak judge orang..mcm mana kalau dia betul2 berniat nak mendoakan orang tu? aku rasa kau patut matang sikit..jagalah perasaan orang lain dalam keadaan yang genting macam ni.. aku tahu kau memang tak kisah apa yang orang nak cakap kat kau..tapi tak semua orang macam tu..kita patut jadi lebih sensitif pasal perasaan orang lain..harap kau faham..


 

Thursday 30 May 2013

setengah mati merindu..

assalamualaikum :)

lama tak update blog ni..haha ok..hari ni tak ada cerita yang gembira nak dikongsi..tentang hari lahir saya??hanya biasa-biasa saja..disambut di rumah bersama mama, angah, haqim dan kawan-kawan angah..

alhamdulillah dah 17 tahun aku dikurniakan nafas di dunia Allah ini..syukur tak terhingga kepada-Nya..

28th May 2013..

9 setengah pagi aku berangkat dari rumah ke stesen LRT Putra untuk ke KL Sentral..nak ke mana?? Sungai Buloh..aku pergi tengok senior aku yang kurang bernasib baik..mungkin hari ni aku boleh bergerak dengan bebas dan tengok ciptaan Allah yang aku jarang syukur kepadanya..tapi orang yang aku lawat ni tengah diuji oleh Allah..beliau terbaring dan tak dapat melihat dunia.. beliau hanya dapat memberi respon bila kami bercakap dengan beliau.. aku kuatkan hati untuk bagi semangat untuk beliau teruskan kehidupan beliau..

sampai di KL Sentral kami pun berangkat ke Sungai Buloh..*naik KTM je..tak de duit lah..nak naik teksi..haha* sampai sana kami ambil teksi ke Hospital Sungai Buloh..*pak cik yang bawa teksi tu kelakar..hehe* masa melawat pukul 12:30..kitorang tunggu dekat sejam jugaklah kat sana, tapi tak apa..aku betul2 nak tengok senior aku tu..

sebaik saja waktu melawat bermula kami naik ke Unit Rawatan Rapi utuk melawat beliau..penat juga cari parents beliau..tapi masalahnya kami tak kenal..mujurlah aku kenal adik dia..bila adik dan ayah beliau keluar dari ICU kami bersalaman dan bertanyakan keadaan beliau..tak lama kemudian mak beliau keluar dan kami bergerak masuk ke dalam..aku dan harith bergerak ke katil beliau..keadaan yang sangat memilukan hati..aku tak mampu nak terangkan bagaimana aku terkejut melihatnya..aku tahu harith juga sedang melawan perasaan..aku junior..harith, kawannya..mana mungkin dia kuat melihat kawannya dalam keadaan yang begitu..kalau aku mungkin jatuh terjelopok kat situ..kami bercakap dengannya..aku jadi sayu bila harith kata "kau bagitahu aku yang kau ok.." aku hampir nangis tapi aku tahu aku tak boleh buat mcm tu.. aku mendekati beliau tapi aku tak mampu nak ckp apa2..at last aku cakap juga dengan beliau..hanya jari beliau yang bergerak-gerak..tapi aku dah cukup gembira beliau bagi respon..

atiqah dan miza pun masuk ke dalam..diorang cakap beliau bagi respon juga waktu bercakap..ya..masing-masing masih lagi sedih..kata maknya, beliau akan menjalani lagi satu pembedahan jumaat ini..aku berharap yang beliau akan sembuh dengan segera..dah lama beliau tak sedarkan diri..dah seminggu selepas kejadian yang meragut nyawa 3 orang seniorku yang lain..kini, aku redha dengan ketentuan ilahi.. aku redha Allah memilih mereka bertiga untuk bertemu-Nya terlebih dahulu..walaupun aku tak dapat nafikan aku rindukan mereka bertiga..moga Nazren akan sembuh seperti dahulu..doakan dia selamat..amiin..